Loading...
Monday, 5 September 2011

Bezone Cream & Calamine Lotion

Tahun ini alahan aku menjadi-jadi pulak..dalam bulan puasa tempoh hari saja sudah dua kali aku mengalami alahan. Alahan yang terakhir adalah pada hari Jumaat, 26 Ogos 2011. Masa tu kami sibuk-sibuk menghias office sempena Hari Raya yang bakal menjelma..Nak dijadikan cerita, tiba-tiba aje muka aku bengkak selepas pasang hiasan tu..penyebab pertama yang aku boleh fikir tentulah sebab habuk..maklum la, bulan puasa..mana mungkin disebabkan makanan..yea tak??

Bila keadaan dah mula bertambah teruk, aku pun pergi la ke klinik..Seperti biasa, aku boleh agak, mesti aku akan kena suntikan punya..preskripsi ubat untuk alahan aku rasanya sama saja dengan klinik lain..untuk mengurangkan rasa gatal, tablet Prednisolone 5mg diberikan tetapi untuk alahan pula, Tablet Zyrtec 10mg diberikan tetapi calamine lotion diberikan menggantikan Bezone Cream yang aku terima dari klinik sebelum ini.

Aku pun nak tahu la jugak, apa beza, kelebihan antara Bezone Cream dan Calamine Lotion ni..melalui bacaan dan reseach yang dibuat (uish..cam nak buat tesis la pulak) aku nak kongsi dengan korang apa itu Bezone Cream dan Calamine Lotion

Bezone Cream

Bezone Cream yang telah dipreskripsikan untuk aku adalah keluaran Malaysia Pharmaceutical Industries S/B. (MAL19920300A). Mengikut bahan-bahan yang terkandung di dalam krim ini ialah Betamethasone..Kalau kita seach tentang Bezone Cream ni tak banyak yang Google paparkan tapi kalau google tentang Betamethasone mesti banyak yang keluar..Menurut Wikipedia, Betamethasone ini adalah sejenis glucocorticoid steroid yang mujarab dengan ciri-ciri anti radang. Ia digunakan sebagai krim sapuan, losyen atau gel untuk merawat gatal-gatal. Betamethasone sodium phosphate pula digunakan sebagai 'intramuscular injection (I.M)' untuk gatal-gatal termasuk reaksi alahan terhadap tanaman Poison Ivy atau yang sewaktu dengannya..

Betamethasone boleh didapati di dalam beberapa jenis 'compound'. Betamethasone dipropionate (Jenama seperti Diprosone, Diprolene, Celestamine dan lain-lain), natrium fosfat (Jenama seperti Bentelan di Itali) dan valerate (Jenama seperti Betnovate, Celestone dan lain-lain). Untuk makluman, Bezone Cream yang aku terima dari doktor sebelum ini termasuk dalam compound valerate.

Bezone Cream - Compound Valerate
Di Amerika Syarikat dan Kanada, Betamethasone dicampur dengan clotrimazole dan dijual sebagai Lotrisone dan Lotriderm.


Calamine Lotion

Calamine lotion biasanya berwarna merah jambu. Calamine adalah campuran antara Zink Oksida (ZnO) dengan kira-kira 0.5% Feric Oksida (Fe2O3). Kedua-dua bahan ini adalah bahan utama dalam losyen calamine dan digunakan sebagai antipuritic (agen anti-gatal, disebabkan kehadiran fenol dalam formulanya) untuk merawat keadaan pruritic yang ringan seperti terbakar sinar matahari, ekzema, ruam, racun ivy, cacar air, sengatan dan gigitan serangga. Ia juga digunakan sebagai antiseptik yang ringan untuk mengelakkan jangkitan yang boleh disebabkan oleh aktiviti menggaru kawasan terjejas dan sebagai astrigen untuk mengeringkan kawasan yang melepuh dan juga jerawat.

Calamine Lotion - Gambar Ehsan Google
Semoga apa yang aku tulis ni dapatlah dikongsikan bagi menambahkan pengetahuan bagi korang terutamanya bagi orang-orang yang mempunyai masalah macam aku ni. Walau apapun, sebelum kita menggunakan sebarang jenis ubat-ubatan, kalau boleh dapatkanlah nasihat doktor terutamanya bagi wanita mengandung dan wanita yang menyusukan bayi.

6 comments:

  1. terima kasih berkongsi pengetahuan..diana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Ayie..dah lama entry ni..tak sangka ia antara entry yang banyak kali diterjah.. :)

      Delete
  2. Tq.....akk pun selalu hadapi masalah alahan cam gini....mmg p klinik dok akan bg suntikan, pil n cream benozone......skrg nk cuba calamine cream jg.....huhuhu...

    ReplyDelete
  3. nak tnya,calamine lotion tu nak beli kat mana ya? farmasi?

    ReplyDelete
  4. nak tnya,calamine lotion tu nak beli kat mana ya? farmasi ada jual? tq

    ReplyDelete
  5. Assalam, baby sy nk msk 1thun ttiba kna HFMD. Doc bg dua2 ubt ni. Sapu lotion dlu bru sapu krim tu. So makin pulih. Dua2 ubt ni ada dijual di mana2 farmasi.

    ReplyDelete

 
TOP