Loading...
Saturday, 22 October 2011

Andai Aku Telah Tiada

Salam semua..harap korang semua sihat berhujung minggu. Erm..ramainya yang cakap aku dah lama tak update entry aku. Dah mula nak bersawang dah blog aku ni. Tiba-tiba aku membayangkan satu hari kiranya aku dah tiada lagi di dunia ini dan kawan-kawan aku kat blog yang tercinta ni masih shout kat shout box bawah tu. Tiba-tiba terasa nak sampaikan pesanan untuk mereka-mereka yang sangat ku hargai dalam hidup ini.


ANDAI AKU TELAH TIADA;

 
Ayahanda dan bonda yang dikasihi, terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan dan cinta yang telah kau curahkan kepada anakmu ini. Tanpa kalian, siapalah aku. Halalkan semua makan, minum dan segala pemberian kalian. Semoga kalian selalu berada dalam lindungan serta rahmatNya.

Adik beradikku yang disayangi, terima kasih atas kasih sayang yang pernah kita kongsi bersama. Aku tahu aku bukanlah adik dan kakak terbaik yang korang ada tapi aku tetap sayang korang meskipun aku jarang mengucapkannya.

Saudara maraku yang dhormati, terima kasih kerana kalian selalu berada dibelakang menjadi tulang belakangku selain ahli keluargaku. Walaupun kita jarang bertemu dan sekadar bertanya khabar dan bergurau senda di telefon dan facebook, korang saudara terbaik dan akan dikenang sampai bila-bila.

Sahabat-sahabatku yang disayangi, terima kasih atas nilai persahabatan yang korang berikan. Maaf andainya ada yang terluka, terguris atau tersentuh hati atas sebarang perbuatanku sama ada sengaja tau sebaliknya sepanjang persahabatan ini. Halalkan jua segala makan, minum atau apa sahaja yang terambil sepanjang kita kongsi bersama. 

Sahabat-sahabat blogger yang sentiasa dihati, terima kasih untuk semuanya. Walaupun persahabatan kita cumalah di alam maya, korang tetap istimewa. Terima kasih atas sapaan mesra, teguran membina, gurauan manja serta sokongan yang korang berikan sepanjang aku berada disini. Maaf juga kiranya bicara dan gurauan ada yang menyentuh hati. Korang memang terbaek!!!!

Si dia yang dicintai, Terima kasih kerana menyayangi. Maaf andai pernah disakiti, janji tak ditepati. Kau, anugerah terindah yang pernah ku miliki.

0 comments:

Post a Comment

 
TOP