Loading...
Wednesday, 5 October 2011

Kenapa Wanita Sering Menangis??

Mesti ramai jejaka-jejaka cantik dan handsome kat luar sana tertanya-tanya, kenapa la perempuan ni suka menangis. Ada sekali tu membe lelaki aku tanya kat aku, "Korang perempuan ni kan, sikit-sikit nak emosi..sikit-sikit nak nangis? Bagitau sikit kenapa?" Masa tu apa yang aku boleh kata, wanita ni kan lembut hatinya, sangat sensitif. Biarpun di luar dia nampak kasar, nampak macam tabah, ada perkara-perkara tertentu yang boleh buatkan hati dia tersentuh dan menangis. Lepas tu dia boleh kata kat aku "Korang ingat, korang menangis tu cam cute ke?" Erk..suka hati korang la kan..mesti dia tengah bengang dan marah la tu. Karang cakap banyak-banyak dia pulak emosi kat aku..Arini kat FB kawan aku dia share, jawapan kenapa wanita tu sering menagis..so, dengan cergasnya aku suruh dia baca..boleh pulak dia senyum-senyum kambing lepas baca..


Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
AKu ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.


P/s : Nak tanya ni, korang yang lelaki tu..bila isteri, buah hati, awek korang nangis..apa yang korang buat yea.. Nak tau jugak..


0 comments:

Post a Comment

 
TOP