Loading...
Monday, 25 March 2013

Selamat Hari Polis ke 206 Tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera;

Hari ini 25 Mac, 2013 merupakan hari polis yang ke 206. Wah, dah lama kan. Tiba-tiba teringat pula anggota keselamatan kita yang masih berada di Sabah untuk mempertahankan keselamatan Malaysia. 

Bagi menghargai jasa mereka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerbangkan khas 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung di dalam Ops Daulat untuk menyertai perbarisan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol). Walaupun bukan semua yang diterbangkan ke sana, anggota polis yang tinggal tetap bersemangat.

Sambutan Hari Polis berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas KLCC - Facebook PDRM
Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Polis ke 206 untuk adik aku, sepupu-sepupu aku dan juga kawan-kawan aku yang berkhidmat sebagai anggota polis. Aku bangga dengan korang.

Buat anggota keselamatan kita yang telah syahid mempertahankan negara, terima kasih yang tidak terhingga. Al-Fatihah buat mereka yang gugur ASP Zulkifli Mamat, Sjn Sabarudin Daud, ACP Ibrahim Lebar, Kpl Mohd Azrul Tukiran, Sjn Mejar Bahrin Hamid, Sjn Mejar Abdul Aziz Sarikun dan Sjn Salam Togiran. Tidak dilupakan DSP Michael Padel.


Video di atas adalah  tayangan video yang memaparkan perjuangan PDRM di Lahad Datu, Sabah sempena sambutan Hari Polis ke-206 di Pulapol, Kuala Lumpur.
 
P/s : Selamat Hari Polis juga untuk semua anggota polis diluar sana. Terima kasih atas jasa dan bakti kalian.

7 comments:

  1. :) Selamat Hari Polis kepada semua anggota polis... Morning dear... ^_^

    ReplyDelete
  2. selamat hari polis...jasamu dikenang..

    ReplyDelete
  3. Wasalam.. Aida pun baru nak update entry mengenai Hari Polis nie. hehe. BW dulu. :) Selamat Hari Polis ke 206 Polis2 satu Malaysia semoga mereka semua dilindungi Allah dan berjaya dalam tugasan.. Al-Fatihah buat yg terkorban.. jasa mereka hanya Allah yg mampu membalasnya.

    ReplyDelete
  4. selamat hari polis ke 206 tahun

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Polis...
    Jasamu kukenang, baktimu ku sanjung!

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. selamat hari polis :d !ucapan ini utk my sister yg di luar sana...ahaks :>)

    ReplyDelete
  7. selamat hari polis... semoga terus tabah menjaga keamanan malaysia....

    ReplyDelete

 
TOP