Loading...
Saturday, 20 April 2013

Tonton Drama Online : Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 4

Assalamualaikum dan Salam sejahtera;







Sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4

Firash yang masih dihantui tentang peristiwa Mie yang meminta nombor telefon Syaf berdiri dihadapan bilik Syaf untuk bertanyakan sesuatu. Tiba-tiba pintu dibuka oleh Syaf dan kemudiannya Datin Farizah kebetulan lalu dan Firash terpaksa masuk ke bilik Syaf.


Firash dan Syaf diminta oleh Datin Farizah untuk membeli barang keperluan rumah. Semasa mahu membayar barangan yang dibeli, Syaf ternampak temah serumahnya Farah yang turut membeli belah di pasaraya yang sama dan meminta Firash bersembunyi agar rahsia mereka tidak terongkar.

Firash mengalami gastrik yang teruk selepas pulang dari membeli belah dan Syaf menghantarnya ke klinik malah Syaf menjaganya sepanjang Firash sakit. Sebagai ucapan terima kasih, Firash berhasrat untuk belanja Syaf makan. Raina yang kebetulan ternampak Syaf dan Firash makan mengambil gambar dan kemudian menghantarnya kepada Zara.

Farah mengajak Syaf pergi ke "downtown" untuk membeli baju baru dan kemudiannya terserempak dengan Firash, Mie dan Fiqri.

- BERSAMBUNG -

9 comments:

  1. sampai sekarang belum berkesempatan nak tengok.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. sama mcm kak mia...tak sempat langsung.....

    ReplyDelete
  3. ade tgk scene tu...hehehe

    ReplyDelete
  4. vid dh kne remove.... ;-( ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas makluman Abe Mat..dah gantikan dengan yang baru..terima kasih kerana maklumkan :)

      Delete
  5. cm ne nk download video nie... sume nye xboleh laa... ade cadangan lain x..??

    ReplyDelete
  6. Bila nk upload episod 5? Xsbr nie nk tgk..:-)

    ReplyDelete

 
TOP